TMNET sekat torrent?
| Kalau korang nih kaki download especially yg slalu pakai torrent cam aku, mesti korang perasan yg sejak sebulan ni x leh dah guna torrent. Kalau pakai pun lemabab sangat. Sehari baru naik 0.01%. Tengah aku membosan ni, terjumpa plak satu artikel ni... pasal tmnet sekat torrent. dipetik dari: zulkiplyharun.com zulkiply menulis "Nampaknya sejak gempabumi yang berlaku di Taiwan telah memberikan kesan yang tidak tidak kecil kepada pengguna-pengguna internet negara ini. Apabila beberapa jaluran kable gentian optik di dasar laut Taiwan mengalami kerosakan teruk, diperburukkan pula oleh satu laporan menyatakan kapal yang membawa alat-ganti untuk membaik pulih kable tersebut turut mengalami kerosakan, berlaku semacam satu gempa dasyat di langit siber ini - TMNET yang merupakan pembekal utama jalur lebar di Malaysia nampaknya mendedahkan identitinya sebagai ISP yang lemah dan bertaraf mediocre, bukan bertaraf dunia seperti yang mereka warwarkan. Itulah TMNET dari mata masyarakat. Dan pada waktu yang sama, yang paling mengejutkan ialah TMNET telah mengambil langkah drastiknya menyekat akses untuk memuat-turun bahan atau perisian yang dinamakan torrrent - yang berasaskan peer to peer (P2P). Dengan kedudukan saya sebagai Mantan Presiden TMnet Users Group Malaysia yang pertama, banyak juga email yang saya terima meminta saya mengulas tentang langkah TMNET ini untuk meneliti apa-apa kewajaran TMNET berbuat demikian. Kenyataan Dr Fadhullah Suhaimi Abdul Malek, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Korporat dan Strategi berbunyi begini: "Kita tidak menghalang pelanggan dari menggunakan P2P, namun ia adalah situasi yang tidak adil yang perlu diberikan penjelasan, kerana kita tidak boleh menaikkan-taraf prasarana untuk minoriti pengguna". Kenyataan ringkas di atas telah menimbulkan kemarahan d kalangan pengguna TMNET streamyx seluruh negara. Apa tidaknya, ia adalah satu kenyataan lucu dan tidak sopan, setelah pelanggan yang selama ini dijanjikan dengan perkataan-perkataan manis untuk mereka menandatangani satu kontrak melanggan perkhidmatan TMNET Streamyx, kini diberikan pula alasan sedemikian lantaran gagal memenuhi janji-janji manisnya di dalam iklan-iklan yang disiarkan selama ini. Kepada Dr Fadhullah Suhaimi, izinkan kami nyatakan: Ini bukan soal minoriti - majoriti. Ini adalah soal pemenuhan tanggungjawab, ini soal mengkotakan janji dan malah ini soal menjaga integriti TMNET sendiri. Ia juga memberi erti bahawa jika seseorang itu terus hendak menggunakan P2P, maka mereka yang terpaksa meningkatkan prasarana untuk TMNET! Sungguh melucukan seorang yang bertaraf Pengurus Besar sebuah syarikat korporat dengan angkuh mengeluarkan kenyataan lucu lagi biadab kepada pelanggan mereka. Di dalam hal-hal ETIKA PERNIAGAAN dan CORPORATE GOVERNANCE, TMNET terbukti menggunakan tatacara yang tidak beretika apabila GAGAL di dalam memenuhi apa yang diiklankan. pengiklanan di atas JELAS satu tipudaya untuk menjerat masyarakat mempercayai perkhidmatan mereka untuk lansung mengajak menandatangani satu CONTRACT. Dari sudut perundangan, CAVEAT EMPTOR - let the buyers beware - adalah bersandarkan kepada IKLAN yang ditawarkan dan CONTRACT dengan klausa yang bertentangan dengan apa yang diklankan TERBATAL dengan sendirinya. Saya tidak nampak apa-apa justifikasi lain yang membenarkan TMNET menyekat atau mengongkong pelanggannya dari menikmati apa yang telah TMNET sendiri iklankan. Sementelah lagi semua pihak telah menerima hakikat bahawa P2P adalah cara perkongsian dan penghantaran fail yang popular. Hanya sanya TMNET yang enggan meningkatkan prasarananya HANYA kerana ingin mengaut untung keterlaluan. Walaupun saya bukan terdiri dari pengguna P2P yang aktif, namun saya bersimpati dengan rakyat Malaysia yang ditipu dan tertipu oleh iklan TMNET yang dasyat itu apatah lagi diperbodohkan pula oleh kenyataan-kenyataan orang-orang besar TMNET. Sepatutnya TMNET bersyukur dan bergembira kerana mereka kini menjadi ISP yang hampir bertaraf monopoli di negara ini dengan memberikan perkhidmatan terbaiknya disamping mengawal mulut orang-orang besar mereka dari melukakan hati para pelanggannya. Di dalam dunia perniagaan, pelanggan itu perlu dihormati kerana mereka adalah RAJA. TMNET gagal untuk membaca dan mengambil iktibar kisah-kisah kegagalan dan keruntuhan syarikat-syarikat besar akibat kebiadaban dan kegagalan mereka untuk menghormati pelanggannya. Jika TMNET merasakan pelanggan mereka boleh ditipu sesuka hati, silakanlah dan tunggulah saat keruntuhan TMNET nanti. Jangan nanti sampai TMNET dan kakitangannya menghisap jarinya akibat keceluparan orang besarnya sendiri Labels: info |


