Google
Web http://fatlee.blogspot.com

Ada orang sedang melayari blog ini

Wednesday, May 30, 2007

10 Kebaikan Coca Cola

Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi, klik read more.

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.



7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

p/s : lepas nie aku x nak dah minum coke.

Labels:

Read More...

Saturday, May 26, 2007

Shin Chan

Siapa yg x kenal shin chan. Slalu je kita tgk tiap2 sabtu pukol 7 mlm. Kali nie aku nak kongsi ngan korang koleksi citer shin chan yg aku ade. X byk pun, 10 je. Kalo ade lagi, aku update nanti. Video nie dlm format flv. Aku dah try convert ke format avi, tapi kualiti kureng sket. coz of that, aku biar je kekal dlm format asal. Klik read more!

Video shin chan dlm bahasa malaysia nie dah pun keluar kat ntv7. Kiranya nie citer lame la. Utk mainkan video nie, PC korang perlulah dilengkapi dgn flv player. Kalo x de, aku dah sediakan kat bawah nie.

FLV player

Bermain besbol dengan ayah
Bermain dengan budak nakal
Datuk datang
Jangan ganggu papa
Belajar bahasa inggeris
Dengarlah cakap mama
Kedai buku
Mama nini baik orangnya
Saya berlawan
Saya kencing malam

p/s : Cuti skola weh!!!

Labels:

Read More...

Friday, May 18, 2007

Slide Show Gambar kat Google

Penah x korang tgk gambar kat google bergerak ala2 slide show macam kat screen shoot yg aku ambik kat atas tu. Korang pun bley try gak. Caranya sangat SENANG! ikut je langkah2 yg aku tunjuk. Tapi kene ingat, bende nie hanya berkesan kat google je. Jom kita try! Klik read more .




1. Mula2, Bukak lah google. Pastu taip la pic ape yg korang nak cari kat search bar tu. Contohnya aku taip transformers. Sebelum tu, korang kene tekan button images tu dulu

2. Biler dah appear gambar, korunk copy and paste kod kat atas tu kat korunk punye address bar browser

3. Siap!!!

credit : Apih

Labels:

Read More...

Sunday, May 13, 2007

Minggu mendownload!!

Minggu nie aku banyak habiskan masa dengan mendonlot je. Setakat nie dah 2 citer abis donlot, Ghost Rider ngan Spiderman 3! satu lagi citer, Kung Fu Hustle dlm proses. Entah tetiba plak mood utk donlot citer ade. Kali terakhir aku donlot citer akhir tahun lepas (infernal affairs 1, 2, 3). Klik read more

Antara Spiderman 3 ngan Ghost Rider aku lagi enjoy tgk citer ghost rider! X tau nape. kat bawah nie aku bagi komen skit pasal dua filem yg aku baru tgk.

Spiderman 3 ( 3 bintang )

yg kureng pasal citer nie
- x lah segempak yg aku harapkan
- venom sekejap je muncul
- aksi dier pun agak kurang.

sape2 nak donlot citer nie, copy link kat bawah!!! dlm 1, 2 jam, abis arr donlot 2 cd! donlot cepat sblm link nie mati!

CD 1 : http://video.stage6.com/1216942/.divx
CD 2 : http://video.stage6.com/1216948/.divx

kualiti : divx

Ghost Rider ( 4 bintang )

yg kureng pasal citer nie
- nampak macam senang je dier kalahkan musuh tu.
- tu je

sape2 nak donlot citer nie, pi usha kat mininova. Cari yg kualiti DVD rip punya

Overall x rugi kalo korang tengok dua2 citer kat atas. Lagi tak rugi kalo korang donlot je citer kat atas tu cam aku.. jimat duit. wkakakakkaka

p/s : tak sabar nak tunggu filem tranformers!


Labels:

Read More...

Monday, May 07, 2007

We're The Champion

Yes! MU akhirnya menang gak liga perdana inggeris! Mu yang sebelum nie menang ngan Manchester City 1-0 memastikan trofi liga perdana inggeris dalam gengaman diorang apabila Chelsea seri 1-1 ngan Arsenal semalam. Kemenangan MU nie dpt mengubat kekecewaan kalah ngan AC Milan kat suku akhir Liga Juara2 Eropah khamis ari tu. Kemenangan nie gak menamatkan terus penguasaan Chelsea yg mendominasi liga inggeris selama 2 tahun berturut-turut (padan muka). Klik read more.

MU akan bertemu Chelsea rabu nie sebelum menamatkan baki musim menentang West Ham. MU ngan Chelse skali lagi akan lawan pada final piala FA yg tarikhnya aku tak tau. kat bawah nie aku sertakan skali kedudukan semua pasukan lepas perlawanan semalam.




Labels:

Read More...

Sunday, May 06, 2007

Kenapa Math dan Science dalam BI?

Penah x korang pikir, sbb ape kerajaan malaysia tetap bertegas supaya kekalkan pengajaran subjek math dan science dlm bahasa inggeris walaupun diorang tau ramai yg menentang kat luar sana tuh!? cube korang baca artikel bawak nie... nanti korang akan paham jugak.

Why Malaysian Government insists on using English for math and science? This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. Klik read more

See example below:-

Hardware = barang keras
Software = barang lembut
Joystick = batang gembira
Plug and play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = Pelanggan

try to translate this :
ENGLISH :
That server give a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

Now in BAHASA :
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan

Now you know... WHY ...

P/s : wakakakaka... siot btol

Labels:

Read More...

Wednesday, May 02, 2007

Linkin Park - What I've Done


Lagu nie dipetik dari album terbaru kumpulan Linkin Park yg bertajuk Minutes To Midnight. Album nie dijangka keluar pada bulan 6 atau 7. Maknanya kalo ade site2 yg upload full album Linkin Park, tu album FAKE. Hanya single utama album tu je yg keluar sekarang iaitu what i've done. Dah lame aku layan lagu nie cuma sekarang je baru aku nak promote lagu nie. Sementara nak tunggu full album diorang release, jom kita layan dulu single nie. Klik read more


Download


Nie plak liriknye...

In this farewell
There’s no blood
There’s no Alibi
‘Cause I’ve Drawn Regret
For the Truth
Of a Thousand Lies

[Pre-Chorus]
So let Mercy Come
And Wash Away
What I’ve Done

[Chorus]
I’ve Faced myself
To Cross out what I’ve Become
Erase Myself
And let Go of What I’ve done

Put to rest
What you Thought of Me
Well I Cleaned this Slate
With the Hands of Uncertainty

[Pre-Chorus]

[Chorus]

For What I’ve Done
I’ll start again
And whatever pain may come
Today this ends
I’m Forgiving What I’ve Done!!!

[Chorus]

What I’ve Done
Forgiving What I’ve Done


Labels:

Read More...

Tuesday, May 01, 2007

Jangan Minum Air Mineral Plus

Jangan minum air mineral plus! sebab ape? nanti korang akan tau jugak. Korang penah minum? alamak! aku penah minum lar... x pe la, bukannye slalu aku minum. Hari nie aku nak kongsi skit info yg aku dpt kat emel aku. Korang baca arrr sendiri.

Fidini menulis - "Kalau nak minum juga minumlah, dari segi hukum air ini bersih kot tapi dari segi moral air ini tidak layak diminum oleh manusia yg mementingkan kesucian.

Slogan pilihan yg lebih selamat dan selesa, tertera pada botol air mineral semulajadi Plusyg dijual hanya sepanjang lebuh raya di Malaysia. Klik Read more utk artikel penuh.

Air mineral ini dibotolkan oleh syarikat Jing Cia Yi yg berpangkalan di n0 5 Bukit Pala kawasan Bukit Pinang (berdekatan dengan lapangan terbang Kepala Batas Alor Setar, Kedah).

Syarikat ini telah membekalkan beribu botol air mineral ini kepada Plus Expressway Berhad. Jika anda singgah ditempat rehat dan rawat disepanjang lebuh raya ini, harga sebotol hanyalah 80 sen.

Tahukah anda bagaimana air mineral ini digali dan disedut? kilang ini dikelilingi oleh pagar zink yg menutupi seluruh kawasan kilang ini. Anda hanya dapat melihat aktiviti didalamnya hanya apabila proses memunggah dan mengisi kedalam lori apabila pintu pagar utama dibuka.

Kawasan kilang ini adalah kawasan ternakan ayam dan lembah ini dipilih untuk mendapatkan air bawah tanah. Sememangnya kawasan ini mengandungi tanah pasir atau to soil, air didalam bumi ini tidak berbau dan tidak payau.

Kira2 400 meter dari pusat air mineral ini terdapat perkuburan cina dan siam. Beribu-ribu kubur cina terdapat dibukit ini mengajur sehingga kelembah aktiviti kilang air mineral semulajadi ini. Setelah aktiviti menyedut air ini berlaku terdapat saluran bawah tanah yg terjai dari tanah perkuburan cina ini sehingga ke kilang ini.

Bagaimanakah Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan Pusat menyedut air mineral ini yg berdekatan tanah perkuburan cina ini. Berapa komisen yg diberikan kepada pihak yg meluluskan tender membekalkan air mineral kepada Plus Expressway ini.

Apakah mereka buta atau langsung tidak prihatin.

Jika ada kesempatan pergilah ke pekan Bukit Pinang daerah Kota Setar Kedah, cari kilang ini dibukit Pala. Anda akan nampak bukit tanah perkuburan cina bersebelahan dengan kilang ini dengan menyusur jalan sunyi kebun getah dan ladang ayam. Kilang ini tersorok dengan zink tinggi bercat warna biru tua"

p/s : aku x tau sama ada maklumat nie betol ke x. Jadi sama2 lah kita berjaga2


Labels:

Read More...